Internet [English]

                       

 

Kemungkinan-kemungkinan rujukan:

 

Objektif topik:Pelajar harus sedar tentang prinsip asas Internet, dan perkhidmatan utama yang wujud.


 

Internet – Antarangkaian yang menyambung rangkaian-rangkaian komputer di dunia menjadi satu rangkaian besar dan tunggal.

 

 

Internet – rangkaian komputer seluruh dunia, menggunakan TCP/IP

 

Alamat – setiap hos dikenali oleh nombor IP yg berbentuk xxx.xxx.xxx.xxx di mana xxx ialah suatu nombor di antara 0 dan 255

Juga, hos dikenali oleh alamat DNS (Domain Name System – sistem nama domain) berbentuk nhos.ndom di mana nhos ialah nama hos mis. pc22, dan ndom ialah nama domain mis. com atau edu.my atau um.edu.my

Penterjemahan nombor IP ke DNS dan sebaliknya dilakukan oleh pelayan DNS  yang bertindak secara bekerjasama dgn pelayan DNS lain apabila maklumat dikehendaki tiada di pelayan DNS pertama

 

Di antara perkhidmatan yg wujud:

 

 

WWW:

 

HTTP (protokol pemindahan hipertekshypertext transfer protocol) – protokol di antara pelayan web (yang mengurus penghantaran dokumen web yg disimpan di atas hos tertentu) dgn penyemak seimbas/pengimbas/peluncur web (yg memaparkan dokumen web di atas hos pelanggan)

 

Laman/tapak web – (paparan) dokumen web yang berkaitan dengan sesuatu hos atau subdirektori tertentu atau fail tertentu di atas hos itu, yang biasanya dalam bentuk hiperteks

 

URLpenempat sumber semesta (universal resource locator) – ‘alamat’ bagi laman web atau lain-lain sumber, mis. http://nhos.ndom/sdir/nfail.html iaitu fail nfail.html dalam subdirektori sdir di atas hos nhos di domain ndom menggunakan protokol HTTP

 

Hiperteksteks (atau grafik dsb) yang mempunyai pautan kepada teks (dsb) lain, yang boleh dicapai menerusi mis. klik suatu punat tetikus – membolehkan maklumat diatur secara kemas dan mesra

HTML (bahasa penaikan/tokokan hipertekshypertext markup language) – digunakan utk menandakan bagaimana teks (dan grafik dsb) dalam sesuatu dokumen web harus dipaparkan, dan utk mendefinisikan pautan ke dokumen lain

mis.

<b>bold</b>

<i>italics</i><br>lain

<hr>

<img src="http://nhos.edu.tg/gambar.jpg">

<hr>

<a href="http://fizik.um.edu.my">laman fizik</a>

 memberikan:                   

bolditalics

lain

laman fizik

 

Java – bahasa (berorientasikan objek) bagi arahan di atas dokumen web yang membolehkan pelayan web mendefinisikan aturcara utk dijalankan oleh (penyemak seimbas) pelanggan – membolehkan mis. animasi dsb

 

Skrip – set arahan dalam dokumen web untuk dituruti oleh pelayan, mis. CGI, Javascript – membolehkan mis. maklumat diproses, pangkalan data dicapai, dsb

 

Gerbang – laman web yang menjadi ‘pintu masuk’ (menerusi pautan hiperteks) kpd laman-laman lain dalam kategori tertentu

 

Agen/robot perisian – perisian yg menjelajah laman-laman web di internet (menerusi mis. pautan di antara mereka) utk melakukan sesuatu mis. mengutip maklumat dsb.

 

Enjin gelintaran – memberikan maklumat tentang laman web yg mengandungi teks tertentu – biasanya ada agen yg mengumpulkan maklumat berkenaan ke atas pangkalan data yg digelintar oleh enjin gelintaran mis. Yahoo, Google, dsb

 

XML – bahasa penaikan spt HTML tetapi mengandungi juga maklumat tentang jenis data yang diberikan oleh teks, dan bukan semata-mata bentuk format yg caranya teks patut dipaparkan, dengan itu membolehkan pemprosesan maklumat dalam dokumen web

mis.

<pelajar>

   <nama>Abu Bakar</nama>

   <major>Fizik</major>

   <matrik>SES020301</matrik>

</pelajar>

 

 

balik ke sinopsis SMES3103