JABATAN FIZIK UNIVERSITI MALAYA

SMES1501 ASAS JIRIM


Pelajar harus dapat memahami secara kuantitatif konsep-konsep asas fizik berkenaan jirim, gelombang dan optik.


NOTA KULIAH

Prasyarat: SPM

Bil. Kredit: 2

Had bil. pelajar per kumpulan: 100

Sinopsis kursus:
Fizik am: ralat dan ukuran; dinamik, hukum
Newton, keabadian momentum perlanggaran kenyal dan tak kenyal. Sifat jirim: geseran, kelikatan, hukum Stokes; gerakan harmonik ringkas, bandul, ayunan lembab, ayunan paksa, resonans. Gelombang: gelombang progresif, gelombang pegun, superposisi, interferens; rentak; harmonik; kesan Doppler. Gelombang elektromagnet: spektrum; pengkutuban, hukum Brewster; halaju cahaya, interferens, ujikaji Young, gegelang Newton, belauan Fraunhofer, belauan, parutan, uraian teleskop; pengkuantuman sinaran, kesan fotoelektrik. Optik: pantulan, sisihan, biasan, teori Huygen, cermin lengkung, fokus, kanta, mikroskop, teleskop, spektrometer. Fizik terma: keseimbangan terma, termometri, haba, kerja, hukum termodinamik pertama, proses-proses adiabatik dan isoterma, gas unggul, muatan haba; kekonduksian terma, pancaran haba, pancaran jasad hitam; teori kinetik gas unggul, tekanan, suhu dan tenaga, darjah kebebasan, hukum pembahagirata tenaga, gamma, taburan Maxwell, daya antara atom, pengembangan terma pepejal, gas sahih, takat tigaan. Pepejal: kekenyalan, hukum Hooke, modulus Young, modulus pukal, modulus ketegaran; perubahan fasa, haba pendam. Termasuk 1/2 kredit amali.

 

Teks Rujukan:
Fizik STPM Lengkap dan Ringkas Bahagian 1, Tan See Boon (Federal, 1983)

Fizik Matrikulasi, Jilid 1 (Fajar Bakti)

University Physics. Models and Applications, Crummett & Western (Wm C Brown Publishers)

Penilaian: 30% penilaian berterusan + 70% peperiksaan (2 jam)

PROFORMA KURSUS


balik ke jabatan fizik